Owner's Manual
Pemegang berus gigi
1 Keluarkan kepala berus dan bilas kawasan aci
logam dengan air suam. Pastikan anda
mengeluarkan sebarang sisa ubat gigi.
Awas: Jangan tekan kedap getah pada aci logam
dengan benda tajam, kerana ini boleh
menyebabkan kerosakan.
2 Kesat keseluruhan permukaan pemegang
dengan kain lembap.
Nota: Jangan ketuk pemegang pada singki untuk
mengeluarkan air berlebihan.
Kepala berus
1 Bilas kepala berus dan bulu kejur selepas setiap
kali digunakan.
2 Keluarkan kepala berus daripada pemegang
dan bilas penyambungan kepala berus dengan
air suam sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Bilas tudung kembara sekerap mungkin.
Pengecas
1 Cabut plag pengecas sebelum anda mula
membersihkannya.
2 Kesat permukaan pengecas dengan kain
lembap.
Penyimpanan
Jika anda tidak akan menggunakan produk bagi
tempoh masa yang lama, cabut plagnya,
bersihkannya (lihat bab 'Pembersihan') dan
simpan di tempat yang dingin dan kering jauh dari
sinaran matahari langsung.
43
Bahasa Melayu