Owner's Manual

Mulakan
Memasang kepala berus
1 Jajarkan kepala berus agar bulu kejurnya
menghala ke arah yang sama seperti bahagian
depan pemegang.
2 Tekan kepala berus ke bawah dengan kukuh ke
atas aci logam sehingga ia berhenti.
Nota:Kepala berus Philips Sonicare dicetak dengan
ikon agar mudah untuk mengenal pasti kepala
berus anda.
Mengecas Philips Sonicare anda
1 Palamkan pengecas ke dalam alur keluar
elektrik hidup.
2 Tempatkan pemegang pada pengecas.
-
Lampu penunjuk paras bateri berkelip dan
perkakas membunyikan bip sebanyak dua
kali. Ini menunjukkan bahawa berus gigi
sedang mengecas.
Catatan: Masa yang diperlukan untuk mengecas
bateri sepenuhnya ialah kira-kira 24 jam, tetapi
anda boleh menggunakan berus gigi Philips
Sonicare sebelum perkakas itu dicas sepenuhnya.
Menggunakan berus gigi Philips Sonicare
anda
Arahan pemberusan
1 Basahkan bulu kejur dan letakkan sedikit ubat
gigi.
37
Bahasa Melayu