Owner's Manual

AWAS
- Jangan bersihkan kepala berus, pemegang,
pengecas, penutup pengecas atau pensanitasi
dalam mesin basuh pinggan.
- Jika anda pernah melalui pembedahan gigi
atau gusi dalam tempoh 2 bulan sebelum ini,
hubungi doktor gigi anda sebelum anda
menggunakan perkakas ini.
- Temui doktor gigi anda jika pendarahan
melampau berlaku selepas menggunakan
perkakas ini atau jika pendarahan berterusan
selepas penggunaan selama 1 minggu. Rujuk
juga doktor pergigian anda jika anda
mengalami ketakselesaan atau rasa sakit
apabila anda menggunakan perkakas ini.
- Perkakas Philips ini mematuhi standard
keselamatan untuk peranti elektromagnet. Jika
anda mempunyai perentak jantung atau peranti
lain yang diimplan, hubungi doktor anda atau
pengilang perkakas yang diimplan sebelum
menggunakannya.
- Jika anda mempunyai keraguan dari segi
perubatan, temui doktor anda sebelum anda
menggunakan perkakas ini.
- Perkakas ini hanya direka bentuk untuk
membersihkan gigi, gusi dan lidah. Jangan
gunakannya untuk sebarang tujuan lain.
Berhenti menggunakan perkakas dan hubungi
doktor anda jika anda mengalami sebarang
rasa tidak selesa atau sakit.
- Perkakas ini ialah alat pembersihan peribadi
dan tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh
lebih dari seorang pesakit di klinik atau institusi
gigi.
- Jangan gunakan kepala berus selain yang
disarankan oleh Philips Sonicare.
35
Bahasa Melayu