Owner's Manual

Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat
menggunakan Philips! Untuk memanfaatkan
sepenuhnya sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftar produk anda di
www.philips.com/welcome.
Maklumat keselamatan penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpan
maklumat ini untuk rujukan pada masa hadapan.
Nota: Aksesori dan ciri berbeza-beza untuk model
yang berlainan. Sebagai contoh, sesetengah model
disertakan dengan pensanitasi atau dilengkapi
Bluetooth.
BAHAYA
- Pastikan pengecas dan/atau pensanitasi
dijauhkan daripada air. Jangan letakkan atau
simpan perkakas yang menyebabkannya
mudah jatuh atau tertarik ke dalam tab atau
singki.
- Jangan rendam pengecas dan/atau pensanitasi
dalam air atau cecair lain.
- Selepas membersihkan, pastikan pengecas
dan/atau pensanitasi telah kering sepenuhnya
sebelum anda menyambungkannya ke soket
dinding.
33
Bahasa Melayu