User manual
94
6 Bersihkan pemotong dengan berus pembersih yang
dibekalkan (Gamb. 26).
7 Bersihkan bahagian dalam pelindung pencukur (Gamb. 27).
Anda boleh juga membersihkan pemotong dan pelindungnya di bawah pili
air panas.
8 Selepas membersihkannya, tempatkan pelindung pencukur kembali
ke dalam pemegang kepala pencukur. Pastikan dua kepaknya muat
dengan tepat di dalam ceruk pemegang kepala pencukur (Gamb. 28).
9 Tempatkan pemotong kembali di dalam pelindung pencukur dengan
kaki pemotong menunjuk ke bawah.
10 Tempatkan gelung penahan kembali di atas pemegang kepala
pencukur (1). Untuk memasang kembali gelung penahan,
putarkannya melawan anak panah ke arah yang ditunjukkan di dalam
dan pada gelung penahan (2) (Gamb. 29).
Pastikan gelung penahan dipasang dengan betul. Keempat-empat kepak gelung
penahan perlu dicari betul-betul di bawah ceruk pemegang kepala pencukur.
Ulang langkah 1-10 bagi kepala pencukur yang lain.
11 Pasang semula unit pencukur pada alat tambahan pencukur.
Jika unit pencukur tidak dapat dipasang kembali dengan lancar, periksa
sama ada anda telah menetapkan kedudukan kepala pencukur dengan
betul dan sama ada gelung penahan telah dipasang dengan betul.
Membersihkan alat tambahan perapi badan
1 Matikan perkakas.
2 Jika sikat perapi masih dipasang, alih keluarkannya.
Anda boleh sama ada menolak sikat perapian dari perkakas atau
menariknya keluar, bergantung pada cara sikat diletakkan pada perkakas.
3 Tarik kerajang perapi badan dari perkakas (Gamb. 30).
BAHASA MELAYU