User manual

85
Awas
- Cas, gunakan dan simpan perkakas dan alat tambahan pada suhu
antara 5°C dan 35°C.
- Hanya gunakan alat tambahan penggaya janggut untuk merapikan bulu
pada muka (janggut, misai dan jambang).
- Hanya gunakan alat tambahan perapi badan untuk merapikan
bahagian badan di bawah garis leher. Jangan gunakannya untuk
merapikan bulu pada muka atau rambut di kepala.
-
Anda hendaklah setiap kali meletakkan tukup pelindung pada pencukur
untuk melindungi kepala pencukur semasa anda dalam perjalanan
.
- Perkakas dan alat tambahan tidak kalis mesin basuh pinggan.
- Jangan sekali-kali menggunakan air yang lebih panas daripada 80°C
untuk membilas perkakas dan alat tambahan.
- Hanya gunakan penyesuai yang dibekalkan.
- Jangan gunakan perkakas, alat tambahan atau penyesuai jika ia rosak.
- Jika penyesuai atau alat tambahan rosak, pastikan ia diganti dengan
jenis yang tulen bagi mengelakkan bahaya.
-
Air mungkin keluar dari soket di bawah perkakas ketika anda membilasnya.
Ini perkara biasa dan tidak berbahaya kerana semua bahagian elektronik
tersimpan di dalam unit kuasa terkedap di dalam perkakas
.
Pematuhan standard
- Perkakas ini mematuhi peraturan keselamatan yang diluluskan di
peringkat antarabangsa dan boleh digunakan dengan selamat di bilik
mandi atau bilik mandi hujan dan dibersihkan di bawah pili air (Gamb. 2).
- Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan
elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul
dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.
Am
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat
tidak melebihi 24 volt.
BAHASA MELAYU