User manual

88
Pencukuran
Tempoh penyesuaian kulit
Pencukur pertama anda mungkin tidak memberikan hasil yang dijangkakan
dan kulit anda mungkin menjadi sedikit kerengsaan. Ini adalah biasa. Kulit
dan janggut anda perlukan masa penyesuaian dengan sebarang sistem
pencukuran baru.
Kami menasihati anda untuk mencukur secara berkala (sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu) dalam masa 3 minggu untuk menyesuaikan
kulit anda dengan pencukur baru. Semasa tempoh ini, gunakan pencukur
elektrik baru anda dengan sepenuhnya dan jangan gunakan kaedah
pencukuran lain. Jika anda menggunakan kaedah pencukuran yang berbeza,
adalah amat sukar untuk kulit anda sesuaikan dengan sistem pencukuran
yang baru.
- Hanya gunakan alat tambahan pencukur ini untuk mencukur bulu
pada muka. Anda boleh menggunakan alat tambahan ini dalam
keadaan basah atau kering dengan gel pencukur atau busa pencukur.
Jangan gunakan alat tambahan ini untuk mencukur bulu pada badan
atau rambut di kepala. Alat tambahan berbeza pada perkakas ini
direka bentuk untuk rambut dan bulu tertentu dan bulu pada muka
adalah berbeza dengan bulu pada badan atau rambut di
kepala (Gamb. 7).
Nota: Perkakas ini tidak dapat berfungsi daripada sesalur kuasa atas
sebab-sebab keselamatan.
Memasang alat tambahan pencukur
1 Pastikan perkakas dimatikan.
2 Masukkan cuping alat tambahan pencukur ke dalam lubang di
bahagian atas perkakas. Tekankannya ke bawah untuk memasangnya
pada perkakas (Gamb. 8).
Jangan pulas alat tambahan pencukur ketika anda menempatkannya
pada perkakas.
BAHASA MELAYU