User manual

84
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan
oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Untuk kefungsian tambahan, anda boleh membeli alat tambahan yang dapat
dipasang dan ditanggalkan dengan mudah di www.philips.com/shop.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Pastikan penyesuai tidak menjadi basah (Gamb. 1).
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
Amaran
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah
diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Jauhkan perkakas, alat tambahan dan penyesuai dari capaian kanak-kanak.
- Setiap kali sebelum menggunakan alat tambahan, sentiasa periksa
kalau terdapat kerosakan atau kelusuhan. Jika alat tambahan ini rosak
atau lusuh, jangan gunakannya kerana kecederaan boleh berlaku.
Gantikan alat tambahan yang rosak sebelum menggunakannya semula
(lihat bab ‘Penggantian’).
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas untuk membersihkan
perkakas dan alat tambahannya. Pastikan terlebih dahulu bahawa air
tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan anda daripada melecur.
BAHASA MELAYU