operation manual
24 MS-MY
9 Glossary
J
JPEG
Format gambar pegun digital yang sangat
lazim. Sistem pemampatan data gambar pegun
yang dicadangkan oleh Joint Photographic
Expert Group, yang mencirikan pengurang
kecil dalam kualiti imej berbanding dengan
nisbah pemampatannya yang tinggi. Fail dikenali
mengikut sambungan failnya ‘.jpg’ atau ‘.jpeg.’
K
Kad MMC
Kad Multimedia. Kad memori denyar yang
menyediakan penyimpanan untuk telefon sel,
PDA dan peranti pegang tangan yang lain. Kad
menggunakan memori denyar untuk aplikasi
baca/tulis atau cip ROM (ROM-MMC) untuk
maklumat statik, yang keduanya luas digunakan
untuk menambah aplikasi kepada PDA Tapak
tangan.
Kad SD
Kad Memori Digital Terjamin. Kad memori
denyar yang menyediakan penyimpanan untuk
kamera digital, telefon sel dan PDA. Kad SD
menggunkaan faktor bentuk 32 x 24mm yang
sama seperti Kad MultiMedia (MMC), tetapi
tebal sedkiti (2.1mm vs. 1.4mm), dan pembaca
Kad SD menerima kedua-dua format. Kad
sehingga 4GB boleh didapati.
Kad xD
Kad Gambar Digital EXtreme. Kad memori
denyar yang digunakan dalam kamera digital.
Kunci Kensington
Slot Keselamatan Kensington (juga disebut
Slot-K atau kunci Kensington). Sebahagian
daripada sistem anti-kecurian. Ia adalah lubang
kecil yang diperkuatkan dengan logam pada
hampir kesemua komputer kecil atau mudah
alih dan peralatan elektronik, terutamanya pada
yang mahal dan/atau yang agak ringan, seperti
komputer riba, monitor komputer, komputer
meja, konsol permainan dan projektor video.
Ia digunakan untuk memasang radas kunci dan
kabel, terutamanya yang datang dari Kensington.
M
Memory Stick
Memory Stick Kad memori denyar untuk
penyimpanan digital pada kamera, kamkorder
dan peranti pegang tangan yang lain.
N
Nisbah aspek
Nisbah aspek merujuk kepada nisbah panjang
ke tinggi skrin TV. Nisbah TV yang standard
ialah 4:3, manakala nisbah TV defi nisi tinggi atau
lebar ialah 16:9. Peti surat membolehkan anda
menikmati gambar dengan perspektif yang lebih
luas pada skrin standard 4:3.










