operation manual

Catatan: Bagi mendapatkan kesan maksimum, gunakan alat dua kali
seminggu. Jangan gunakan alat terlalu kerap, kerana ini boleh
menyebabkan kerengsaan kulit.
1 Tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan alat.
2 Apabila anda menggunakan alat bagi kali pertama, uji muncungnya pada
lengan bawah sebelum anda menggunakannya pada muka anda.
Lalukan alat anda pada kulit anda sekali dan kemudian tunggu selama
kira-kira sejam. Jika tindak balas yang mungkin berlaku reda, anda boleh
menggunakan muncung tersebut pada muka anda.
Catatan: Sentiasa periksa muncungnya secara visual untuk melihat sama
ada muncung tersebut rosak. Muncung yang rosak akan mencalarkan
kulit anda. Jika petuanya rosak, gantikan.
Catatan: Jangan gunakan alat tanpa muncungnya kerana ini tidak akan
memberi faedah kepada kulit anda dan mungkin menyebabkan tindak
balas kulit yang tidak diingini.
3 Letakkan muncung pada muka anda sehingga anda terasa
penyedutannya. Pastikan sentiasa ada sentuhan kulit yang penuh antara
muncung dan kawasan yang akan dirawat. Walau bagaimanapun, jangan
tekan muncungnya kuat-kuat pada permukaan kulit.
4 Lalukan muncung dengan perlahan-lahan dalam arah garis yang lurus.
Lihat ilustrasi pertama tentang cara menggunakan alat pada zon muka
pada halaman lipat keluar di belakang manual ini.
Petua: Gunakan sebelah tangan anda untuk menarik dan memegang
kulit tangan itu. Alihkan alat anda dari tangan anda. Ini memudahkan lagi
untuk mencapai penyedutan yang sempurna, terutama sekali pada
pelipis dan pipi.
Catatan: Jangan lalukan alat di atas tahi lalat besar, tatu, tanda kotoran
port wine atau solekan kekal.
Catatan: Jangan gunakan alat pada kulit di bawah atau di atas mata,
kerana bahagian di situ nipis dan lembut. Apabila anda menggunakan
alat di atas garis halus di sisi mata, letakkan jari tangan sebelah di sudut
kelopak mata dan gerakkan alat jauh dari jari menuju ke arah pelipis.
Catatan: Jangan pegang muncungnya di satu tempat apabila ada
meletakkannya pada kulit.
5 Bergantung pada jenis muncung dan keadaan kulit anda, lalukan alat di
atas setiap kawasan sebanyak beberapa kali:
-
Penggunaan pertama: Lalukan muncung Sensitif di atas setiap
kawasan 1 atau 2 kali.
35
Bahasa Melayu