operation manual

-
Jika kulit anda masih belum pulih daripada prosedur kosmetik, seperti
pengelupasan kimia atau mekanikal, pemulihan semula permukaan laser,
rawatan laser pecahan, atau rawatan mesoterapi atau apa-apa rawatan
lain dengan pengisi dermis sepanjang dua minggu yang lalu.
-
Jika anda mengambil ubat yang mungkin menjejaskan kulit anda, seperti
steroid atau ubat akne (Accutane, Isotretinoine atau Roaccutane). Rujuk
doktor anda.
-
Jika anda mempunyai kutil, jangan cuba hapuskannya dengan alat ini.
Alat ini boleh menyebarkan kutil.
-
Jika anda mempunyai parut, rujuk doktor anda atau pakar dermatologi
sebelum anda mula menggunakan alat ini.
-
Bersama-sama dengan sebarang sistem penjagaan kulit di rumah lain
yang mengandungi ramuan pengelupasan aktif.
Nasihat umum
-
Selepas setiap sesi, anda disyorkan agar menggunakan faktor
perlindungan matahari (SPF) sebanyak 30 atau lebih di kawasan yang
anda gunakan alat tersebut. selama minimum 3 hari.
-
Jika anda mempunyai keadaan kulit yang ketara teruk (termasuk tidak
terhad kepada melanoma, karsinoma sel basal, keratosis aktinik,
melasma, eritematosus lupus sistemik, porfiria, keabnormalan
penggumpalan dan keabnormalan kolagen seperti luka keloid,
pembentukan parut yang berlebih-lebihan atau sejarah penyembuhan
luka yang teruk), rujuk doktor anda sebelum anda mula menggunakan
alat.
-
Jika anda merancang untuk menikmati sinaran matahari (cth. percutian
musim panas), kami mengesyorkan agar anda berhenti menggunakan
muncung Penegangan dan hanya gunakan muncung Pencerahan satu
minggu sebelum percutian tersebut dan selagi anda banyak terdedah
kepada matahari.
Medan elektromagnet (EMF)
Alat Philips ini mematuhi standard dan peraturan yang berkuat kuasa
berkenaan dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
Pengecasan
Catatan: Kami mengesyorkan agar anda mengecas alat selepas setiap kali
digunakan.
Catatan: Caskan alat selama 8 jam sebelum anda menggunakannya buat
pertama kali atau setelah tidak digunakan bagi tempoh yang lama.
Mengecaskan alat.
Catatan: Anda boleh menggunakan alat sebelum bateri dicas sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, prestasi dan masa operasinya tidak di tahap
optimum dalam keadaan ini.
32
Bahasa Melayu