operation manual

-
Perkakas ini mengandungi magnet. Jauhkan magnet dari perentak
jantung. Orang yang mempunyai perentak jantung atau alat lain yang
diimplan ke dalam badan mereka tidak sepatutnya berada dekat dengan
magnet. Pendapat perubatan pakar perlu didapatkan dahulu sebelum
orang tersebut mengendalikan atau menyentuh magnet.
Awas
-
Jangan gunakan perkakas untuk apa-apa tujuan lain selain untuk
mengurut dan mengeluarkan lapisan kulit atas yang telah mati untuk
mempercepatkan penggantian skin yang normal.
-
Jangan gunakan alat lebih daripada dua kali, kerana ini boleh
menyebabkan kerengsaan kulit.
-
Jangan gunakan perkakas bersama-sama krim (penyental) atau dengan
bahan kimia atau pengelupasan mekanikal, kerana ini boleh
menyebabkan kerosakan pada perkakas dan kulit anda.
-
Gunakan, cas dan simpan perkakas pada suhu di antara 5°C (40°F) dan
35°C (95°F).
-
Cas perkakas sepenuhnya sekurang-kurangnya setiap 3 bulan untuk
mengekalkan jangka hayat bateri.
-
VisaCare mempertingkatkan penyerapan krim dan maska muka anda.
Disebabkan pengambilan yang dipertingkatkan, tindak balas kulit yang
negatif boleh berlaku. Anda dinasihatkan agar tidak bertukar-tukar krim
semasa 2-4 minggu pertama menggunakan VisaCare. Apabila anda mula
menggunakan krim baharu selepas tempoh ini, uji dahulu krim ini pada
kawasan yang kecil. Jangatn teruskan untuk menggunakan krim ini jika
terdapat tindak balas kulit yang negatif apabila anda menggunakannya
pada kulit yang anda gunakan VisaCare. Apabila anda mula
menggunakan alat, atau apabila anda memulakan semula selepas
memberhentikannya selama lebih dari 2 minggu, mulakan sekali lagi
dengan muncung sensitif. Ini akan membolehkan kulit anda untuk sekali
lagi dibiasakan dengan alat tersebut.
Kontraindikasi dan amaran lain
Alat ini telah dibangunkan bagi mengatasi tanda-tanda pertama penuaan
muka. Apabila lapisan kulit epidermis semakin lama menjadi semakin nipis
disebabkan faktor ekstrinsik dan intrinsik, kulit yang kasar dan tanda-tanda
kerosakan foto menjadi lebih ketara. Fokus alat ini ialah kulit muka (tidak
bermasuk kawasan di bahagian bawah dan atas mata).
Jangan gunakan alat ini:
-
Jika anda mempunyai jangkitan kulit, luka terbuka, ruam, lecur kulit,
selaran matahari, keradangan, eczema, psoriasis, rosacea, telangiectasia
(couperose atau spider vein), jangkitan aktif seperti herpes atau serangan
acne di kawasan yang akan dirawat.
-
Jika anda mempunyai tahi lalat besar, tatu, tanda kotoran port wine,
solekan kekal atau sebarang kerengsaan kulit di kawasan yang akan
dirawat.
31
Bahasa Melayu