operation manual

3 Muncung mikrodermabrasi
4 Butang on/off
5 Lampu pengecasan dan penunjuk 'bateri rendah'
6 Pemegang
7 Salur keluar udara
8 Dirian pengecasan
9 Muncung 'normal' untuk kegunaan biasa
10 Muncung 'sensitif' untuk kegunaan ringan
11 Penyesuai
12 Plag kecil
-
Kantung (tidak ditunjukkan)
-
Berus pembersih (tidak ditunjukkan)
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan manual tersebut untuk rujukan pada masa hadapan.
Bahaya
-
Pastikan penyesuai sentiasa kering.
-
Jangan caskan perkakas ini di dalam kawasan sekeliling yang basah (cth.
berhampiran dengan tab mandi yang dipenuhi air, air pancuran yang
mengalir atau berhampiran kolam renang yang dipenuh air).
Amaran
-
Untuk mengecas bateri, hanya gunakan unit bekalan boleh ditanggalkan
(SSW-2600) yang disediakan dengan perkakas.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan dengan penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jangan gunakan perkakas atau untik bekalan jika perkakas tersebut
rosak atau pecah bagi mengelakkan kecederaan.
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantikannya dengan plag lain, kerana ini membawa kepada situasi
berbahaya.
-
Jika penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan jenis asli bagi
mengelakkan bahaya.
-
Jangan gunakan alat jika muncungnya pecah, retak, rosak atau kotor.
Sentiasa periksa muncungnya sebelum menggunakannya. Apabila
berasa ragu-ragu, gantikan muncungnya.
-
Jangan masukkan bahan-bahan berlogam ke dalam soket untuk plag
kecil bagi mengelakkan litar pintas.
30
Bahasa Melayu