operation manual

Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk
memanfaatkan sepenuhnya sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftar
produk anda di www.philips.com/welcome.
Apakah itu VisaCare dan bagaimana perkara itu boleh membantu kulit
anda? Usia, kurang tidur, tekanan emosi atau elemen persekitaran boleh
memberi kesan kepada kulit anda. Apabila anda mula melihat tanda-tanda
pertama penuaan kulit dan kulit anda kelihatannya tidak lagi sembuh
dengan pantas, kulit anda memerlukan penjagaan dan perhatian tambahan.
Itulah sebabnya kami telah membangunkan VisaCare, pendekatan baharu
kami yang mengujakan bagi menangani tanda-tanda pertama penuaan,
untuk memperoleh kulit yang kelihatan remaja hari ini dan esok. Bergantung
pada kulit anda, anda boleh mengalami kesan segera seperti kulit yang lebih
halus dan segar semula selepas satu atau beberapa sesi. Kesan seperti
ketegangan kulit dan ton kulit yang lebih sekata boleh dijangkakan dalam
masa 4-6 minggu.
Anda boleh menggunakan VisaCare dalam keselesaan rumah anda sendiri
untuk menikmati kulit yang lebih halus, tegang dan berseri. VisaCare
disediakan dengan sistem dwitindakan yang menggelupas dan mengurut
pada masa yang sama. Sistem ini adalah lebih berkesan dan terkawal
daripada menggelupaskan kulit anda menggunakan tangan anda sahaja.
Direka bentuk untuk mempertingkatkan rutin semasa anda, gunakan
VisaCare selepas membersihkan kulit anda dan sebelum menggunakan
maska penyegar, krim siang atau krim malam. Selepas digunakan, kulit anda
disediakan untuk penyerapan maska atau krim. Sedia untuk memulakan.
Gunakan VisaCare di rumah dua kali seminggu untuk menikmati hasil yang
sebenar dan jelas.
Bagaimana teknologi Philips Microdermabrasion
berfungsi
Philips VisaCare menawarkan sistem Angkat Udara & Pengelupasan
DwiTindakan, yang mengurut dan mengelupaskan pada masa yang sama.
Ini merangsang proses pemulihan semula permukaan kulit untuk
memperoleh kulit yang tegang, lebih licin dan berseri-seri.
1 Muncung pengelupasan memperbaharui dan mendedahkan kulit yang
lebih licin, dengan tekstur yang lebih halus dan lebih tegang dengan
merangsang proses pembaharuan semula sel semula jadi anda. Proses
ini menyingkirkan secara lembut semua kekasaran dan kekerakan untuk
menghalusi kulit dan untuk menyediakan kulit untuk penyerapan krim
kegemaran anda dengan lebih baik selepas penggunaan.
2 Air Lift Systemâ„¢ mewujudkan tindakan urutan yang lembut dan
merangsang dengan menggalakkan peredaran darah sambil
menghapuskan sel kulit yang mati dan menyegarkan kulit anda.
Gambaran umum (Raj. 1)
1 Penuras
2 Gelung pengelupasan
29
Bahasa Melayu