User manual
45
Saya tidak tahu kepala yang boleh saya gunakan dengan VisaPure Advanced.
• Kesemua kepala berus, kepala Urutan Mencergaskan dan kepala
Mata Segar boleh digunakan dengan VisaPure Advanced.
Saya tidak tahu bahagian muka yang perlu dirawat dahulu.
• Setiap program bermula di bahagian kanan muka. Apabila anda
merawat pipi anda, putaran berus mestilah terasa seperti berus
bergerak ke atas ke arah telinga anda. Di pipi kanan anda, berus
berputar mengikut arah jam dan di pipi kiri ia berputar melawan
arah jam. Semasa peringkat terakhir program, berus berputar
mengikut arah jam untuk membersihkan dahi. Jika anda menekan
butang hidup/mati lebih daripada 2 saat, program bermula
dengan arah putaran untuk membersihkan pipi kiri: melawan
arah jam.
Berus terasa sangat kasar pada kulit.
• Jika anda merasakan kepala berus terlalu kasar, kami
menasihatkan anda untuk mula menggunakan kepala berus
Sensitif atau Ekstra Sensitif. Kepala berus Sensitif atau Ekstra
Sensitif mempunyai bulu kejur yang lebih lembut. Kami
mengesyorkan kepala berus Sensitif untuk kulit sensitif dan kepala
berus Ekstra Sensitif untuk kulit yang sangat sensitif dan kering.
Saya tidak tahu produk pembersihan yang boleh saya gunakan
dengan kepala berus.
• Kami menasihatkan anda untuk membersihkan kulit dengan
pembersih kegemaran anda. Anda boleh menggunakan gel
pembersih, busar, minyak, susu atau losyen. Jangan gunakan krim
sental atau gel berbutiran halus.
BAHASA MELAYU
4222_100_2533_1_Booklet_Redesign_A6_v1.indd 45 8/4/14 10:23 AM