User manual

44
12PenyelesaiMasalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi
dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan
maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan
senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Saya tidak tahu sama ada perkakas sesuai untuk digunakan pada kulit saya.
Jangan gunakan perkakas pada kulit yang pecah-pecah dan kering,
luka yang terbuka, luka yang sedang sembuh, kulit yang baru sembuh
dari pembedahan atau jika anda menghidapi penyakit kulit atau
gatal-gatal pada kulit, seperti jerawat yang teruk, terselar matahari,
jangkitan kulit, kanser kulit, radang, eczema, psoriasis dsb. Jangan
gunakan perkakas jika anda mengambil ubat berasaskan steroid.
Perkakas tidak mengecas.
Semak bab ‘Mengecas perkakas’ untuk peletakan yang betul ke dalam
dirian pengecasan. Pastikan soket di tempat anda menyambungkan
perkakas hidup. Pastikan pin sambungan pada perkakas bersentuhan
dengan betul dengan titik sentuh dalam dirian. Jika anda menggunakan
soket dalam kabinet bilik mandi, anda mungkin perlu menghidupkan
lampu untuk mengaktifkan soket. Jika lampu pengecasan pada perkakas
masih tidak menyala atau apabila perkakas masih tidak mengecas,
bawanya ke pengedar Philips anda atau pusat servis Philips terdekat.
Perkakas tidak lagi berfungsi.
Pastikan bahawa anda menekan butang hidup/mati dengan
betul. Cas perkakas mengikut arahan dalam manual pengguna
ini. Sahkan sama ada bekalan kuasa terputus dan sama ada soket
dinding hidup. Pastikan bahawa lampu pengecasan pada perkakas
menyala untuk memastikan perkakas sedang mengecas. Jika ia
tidak menyala atau jika perkakas masih tidak berfungsi, bawanya
ke pengedar Philips anda atau pusat servis Philips terdekat.
4222_100_2533_1_Booklet_Redesign_A6_v1.indd 44 8/4/14 10:23 AM