User manual

40
6 Pembersihan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang
melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
6.1Membersihkanperkakasdankepala
berus
Pastikan perkakas dimatikan sebelum anda mula membersihkannya.
Bilas perkakas dan kepala berus secara menyeluruh dengan air dan
sabun yang lembut selepas setiap penggunaan, untuk memastikan
prestasi yang optimum.
1 Bilas perkakas dan kepala berus di bawah paip dengan air suam
dan sabun yang lembut (maksimum 40ºC / 104ºF) (Gamb. 12).
2 Keluarkan kepala berus daripada perkakas. (Gamb. 13)
3 Bersihkan bahagian belakang kepala berus dan pin
sambungan perkakas di bawah paip sekurang-kurangnya sekali
seminggu (Gamb. 14).
4 Keringkan kepala berus dan perkakas dengan tuala.
6.2
Bersihkan penyesuai dan dirian pengecasan
A Bahaya:
Pastikan penyesuai sentiasa dalam keadaan kering. Jangan bilas di
bawah paip atau rendamkannya di dalam air.
1 Pastikan penyesuai dicabut keluar semasa anda membersihkannya.
Lap menggunakan kain kering sahaja.
2 Sentiasa keluarkan dirian pengecasan dari penyesuai sebelum
anda membersihkannya (Gamb. 15).
3 Anda boleh membersihkan dirian pengecasan dengan kain kering.
Keringkan dirian pengecasan sebelum anda sambungkannya
semula ke penyesuai (Gamb. 16).
4222_100_2533_1_Booklet_Redesign_A6_v1.indd 40 8/4/14 10:23 AM