User manual

39
5.1.3 Prosedur pembersihan
1 Tolak kepala berus ke dalam pin sambungan sehingga ia
terkancing ke dalam kedudukan dengan berbunyi klik (Gamb. 7).
2 Lembapkan kepala berus dengan air. Jangan gunakan perkakas
dengan kepala berus yang kering, kerana ia boleh merengsa kulit.
3 Lembapkan muka anda dengan air dan sapukan pembersih pada
muka anda.
4 Letakkan kepala berus pada pipi kanan anda.
5 Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan perkakas.
Perkakas mula berfungsi pada tetapan intensiti 1. Jika anda
ingin menggunakan tetapan intensiti 2, tekan butang hidup/mati
dua kali. Tekan tiga kali untuk mematikan perkakas atau tunggu
sehingga ia berhenti secara automatik (Gamb. 8).
6 Gerakkan kepala berus dengan perlahan merentasi kulit anda
dari hidung ke arah telinga. (Gamb. 9)
Jangan tekan kepala berus terlalu kuat ke atas kulit untuk
memastikan rawatan sentiasa selesa.
7 Selepas 20 saat, perkakas terhenti sejenak untuk memberitahu
anda yang anda perlu mengalihkannya ke pipi kiri (Gamb. 10).
Arah putaran kepala berus berubah bagi setiap tempoh rawatan
untuk mengoptimumkan rawatan.
8 Selepas 20 saat, perkakas terhenti sejenak untuk memberitahu
anda yang anda perlu mengalihkannya ke dahi. Gerakkan kepala
berus dengan perlahan dari kiri ke kanan. (Gamb. 11)
D
Nota:
Kami menasihatkan anda supaya tidak berlebihan-lebihan dalam
melakukan pembersihan dan jangan bersihkan mana-mana zon
lebih daripada 20 saat.
9 Selepas rawatan, bilas dan keringkan muka anda.
Sekarang muka anda bersedia untuk langkah seterusnya dalam
rutin penjagaan kulit harian.
10 Bersihkan kepala berus dengan air dan sabun yang lembut.
BAHASA MELAYU
4222_100_2533_1_Booklet_Redesign_A6_v1.indd 39 8/4/14 10:23 AM