User manual

37
4.2 Tetapan intensiti
Anda boleh memilih antara 2 tetapan intensiti yang berbeza
bergantung pada pilihan peribadi anda.
Tetapan intensiti 1 untuk rawatan lembut (Gamb. 3).
Tetapan intensiti 2 untuk rawatan intensif.
Pilih tetapan intensiti 1 semasa pertama kali anda menggunakan
perkakas. Jika anda tidak mengalami sebarang reaksi kulit, anda boleh
mula menggunakan perkakas pada tetapan intensiti 2.
4.3 Pemasa zon kulit
Pemasa zon kulit akan memberi petunjuk apabila anda perlu
mengalihkan perkakas ke zon kulit yang lain. Untuk maklumat lanjut
mengenai zon kulit, lihat bab ‘Menggunakan kepala berus’.
4.4 Putaran dua arah
Perkakas berputar dalam dua arah.
Ia disesuaikan agar bermula pada bahagian kanan muka kerana
arah putaran kepala berus mengikut aliran limfa di dalam muka
anda. (Gamb. 4)
Jika anda ingin bermula di bahagian kiri muka, anda boleh
membalikkan arah putaran. Untuk melakukan ini, tekan butang
hidup/mati selama 2 saat.
BAHASA MELAYU
4222_100_2533_1_Booklet_Redesign_A6_v1.indd 37 8/4/14 10:23 AM