User manual

35
3.3 Awas
Hanya gunakan kepala seperti yang dihuraikan dalam manual
pengguna ini.
Atas sebab kebersihan, kami menasihatkan anda agar tidak
berkongsi perkakas dan kepala dengan orang lain.
Jangan bersihkan perkakas dengan air yang lebih panas daripada
suhu air pancuran (maksimum 40°C/104°F).
Jangan cuci perkakas atau mana-mana bahagian perkakas dalam
mesin basuh pinggan mangkuk.
Gunakan dan simpan perkakas pada suhu di antara 10°C (50°F)
dan 40°C (104°F).
Jangan gunakan perkakas pada kulit yang pecah-pecah, luka yang
terbuka, luka yang sedang sembuh, kulit yang baru sembuh dari
pembedahan atau jika anda menghidapi penyakit kulit atau gatal-
gatal pada kulit, seperti jerawat yang teruk, terselar matahari,
jangkitan kulit, kanser kulit, radang, eczema, psoriasis dsb.
Jangan gunakan perkakas jika anda mengambil ubat berasaskan
steroid.
Jika anda memakai tindikan pada muka anda, tanggalkan tindikan
sebelum anda menggunakan perkakas atau pastikan anda tidak
menggunakan perkakas pada atau berhampiran dengan tindikan.
Jika anda memakai barang kemas atau kaca mata, tanggalkannya
sebelum anda menggunakan perkakas atau pastikan anda tidak
menggunakan perkakas pada atau berhampiran dengan barang
kemas atau kaca mata
Jangan gunakan perkakas dengan pembersih buatan sendiri, krim,
minyak atau produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia
yang keras atau zarah yang kasar.
Pilih tetapan intensiti 1 semasa pertama kali anda
menggunakan perkakas atau apabila anda menggunakan jenis
kepala yang baru. Jika anda tidak mengalami sebarang reaksi kulit,
anda boleh mula menggunakan perkakas pada tetapan intensiti 2.
BAHASA MELAYU
4222_100_2533_1_Booklet_Redesign_A6_v1.indd 35 8/4/14 10:23 AM