User manual

34
3 Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
3.1 Bahaya
Pastikan penyesuai sentiasa kering.
3.2 Amaran
Hanya gunakan perkakas dengan plag penyesuai yang dibekalkan.
Jangan gunakan perkakas, kepala atau penyesuai jika ia rosak atau
pecah untuk mengelakkan kecederaan.
Jika penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan jenis asli bagi
mengelakkan bahaya.
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai
untuk menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini
akan menyebabkan keadaan berbahaya.
Cas perkakas sepenuhnya sekurang-kurangnya setiap 3 bulan
untuk mengekalkan jangka hayat bateri.
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria
atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan
penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa
mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
Jangan masukkan bahan-bahan berlogam ke dalam soket untuk
plag kecil bagi mengelakkan litar pintas.
4222_100_2533_1_Booklet_Redesign_A6_v1.indd 34 8/4/14 10:23 AM