User manual
32
1 Pengenalan
Terima kasih kerana membeli Philips VisaPure Advanced. Sebelum
anda bermula, kami berharap anda akan mendaftarkan produk anda
di www.philips.com/welcome untuk mendapat sokongan produk
khusus dan tawaran yang dibuat khas untuk anda.
Dengan VisaPure Advanced anda akan menikmati berbagai manfaat
untuk menonjolkan kulit yang berseri, cergas dan segar.
Terima kasih kepada Pengecaman Kepala yang Bijak, perkakas ini
mengecam kepala yang anda gunakan dan mengaktifkan program
DualMotion tersuai secara automatik, dengan tahap putaran dan
getaran yang khusus. Ini bermakna anda mendapat hasil penjagaan
kulit yang hebat! VisaPure Advanced disediakan dengan pelbagai set
kepala yang boleh disepadukan ke dalam rutin penjagaan kulit anda.
Anda boleh menggunakan semua kepala dengan produk penjagaan
kulit semasa anda seperti pembersih, krim, minyak dan serum.
Manual pengguna ini mengandungi maklumat mengenai cara
menggunakan produk dan cara membersihkan kulit anda. Di dalam
kotak anda, akan mendapati risalah berasingan yang mengandungi
maklumat penggunaan dan arahan untuk kepala yang lain.
1.0.1Mengapalakukanpembersihan?
Pembersihan ialah bahagian penting rutin penjagaan kulit harian.
VisaPure Advanced membersihkan kulit anda 10 kali lebih baik
berbanding dengan pembersihan dengan tangan*. Ia membersihkan
kulit anda secara menyeluruh dan menanggalkan sel kulit mati dan
solekan. Produk penjagaan kulit anda akan diserap dengan lebih baik
selepas anda menggunakan VisaPure Advanced. Dengan itu kulit anda
terasa bersih dan lembut.
* Kajian dalaman yang dijalankan di Belanda pada tahun 2011
terhadap 21 orang wanita.
4222_100_2533_1_Booklet_Redesign_A6_v1.indd 32 8/4/14 10:23 AM