operation manual
52
5.2.3 Pemasa Zon Kulit
Apabila anda hidupkan perkakas, perkakas berfungsi
untuk tiga tempoh selama 20 saat. Antara tempoh ini,
terdapat jeda pendek untuk menunjukkan bahawa anda
perlu mengalihkan kepala berus ke zon kulit lain.
5.2.4 Pematian auto
Perkakas dimatikan secara automatik selepas seminit
untuk mengelakkan rawatan berlebihan.
5.2.5 Prosedur pembersihan
D Nota:
Anda boleh menggunakan perkakas dua kali sehari.
1 Tolak kepala berus ke dalam pin sambungan sehingga
ia terkancing ke dalam kedudukan dengan berbunyi
klik(Gamb.6).
2 Lembapkan kepala berus dengan air atau pembersih
cecair atau sapu pembersih terus ke muka anda
sebelum anda menggunakan perkakas. Jangan gunakan
perkakas dengan kepala berus yang kering, kerana ini
boleh merengsa kulit.
3 Letakkan kepala berus pada kulit anda.
4 Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan
perkakas. Perkakas mula berfungsi pada kelajuan 1.
Tekan dua kali untuk kelajuan 2. Tekan tiga kali untuk
mematikan perkakas atau tunggu sehingga ia berhenti
secaraautomatik(Gamb.7).