operation manual
46
• Gunakan dan simpan perkakas pada suhu di antara
10°C(50°F)dan40°C(104°F).
• Jangan gunakan perkakas pada kulit yang pecah-pecah,
luka yang terbuka atau apabila anda menghidapi
penyakit kulit atau gatal-gatal pada kulit, seperti jerawat
yang teruk, terselar matahari, jangkitan kulit, dsb.
• Jangan gunakan perkakas jika anda mengambil ubat
berasaskan steroid.
• Jangan gunakan perkakas dengan pembersih buatan
sendiri atau pembersih yang mengandungi bahan
kimia yang keras atau zarah yang kasar.
• Jika kulit anda sensitif, pilih tetapan 1 untuk beberapa
kali pertama anda menggunakan perkakas. Jika anda
tidak mengalami sebarang reaksi kulit, anda boleh
mula menggunakan perkakas di tetapan 2.
3.4 Am
• Sila ambil perhatian bahawa keadaan kulit bertukar-
tukar sepanjang tahun. Kulit muka boleh menjadi
lebih kering semasa musim sejuk. Jika ini berlaku,
anda boleh mengurangkan rawatan atau kekerapan,
bergantung pada keperluan kulit anda.
• Pembersihan perkakas yang kerap memastikan hasil
optimum dan jangka hayat yang lebih panjang.
• Perkakas ini mematuhi peraturan keselamatan IEC
yang diluluskan antarabangsa dan dapat digunakan
dengan selamat semasa di dalam tab mandi atau
pancuran air dan dibersihkan di bawah paip.
• Perkakas dilengkapi dengan pemilih voltan automatik
dan ia sesuai dengan voltan sesalur kuasa yang
berbagai antara 100 hingga 240 volt.