operation manual
41
1 Pengenalan
Terima kasih kerana membeli Philips VisaPure Essential.
Sebelum anda bermula, kami berharap anda akan
mendaftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome untuk mendapat sokongan produk khusus dan
tawaran yang dibuat khas untuk anda. Apakah itu VisaPure
Essential dan bagaimanakah perkakas ini boleh membantu
kulit anda? Pembersihan merupakan bahagian penting rutin
penjagaan kulit harian, tetapi kaedah tradisional tidak selalunya
membuatkan kulit anda bersih dan berseri seperti yang
sepatutnya. Sebab itulah kami mencipta VisaPure Essential
- pendekatan baru kami yang menarik untuk pembersihan
muka. Lupakan sahaja pembersihan secara manual, dengan
VisaPure Essential anda boleh mendapat kulit yang bersih,
berseri, dengan cepat dan mudah setiap hari. VisaPure
Essential menggabungkan pergerakan putaran dan getaran
yang lembut untuk membersih jauh ke dalam, membuang
kotoran dan solekan agar kulit menjadi lembut dan segar.
Direka bentuk untuk melengkapi rutin semasa anda, anda
boleh menggunakan VisaPure Essential bersama-sama dengan
pembersih anda. Ia juga membantu produk penjagaan kulit
yang digunakan selepas pembersihan – seperti pelembap
kegemaran anda – untuk diserap dengan lebih baik. Anda
akan menyedari kesan pembersihan dengan serta-merta
- mendapat kulit yang lebih lembut, kelihatan lebih berseri.
VisaPure Essential disertakan dengan kepala berus untuk kulit
normal. Jenis dan tujuan penggunaan kepala berus tambahan
tersedia secara berasingan.
BAHASA
MELAYU