Important Information Manual
Lakukan semua tindakan pencegahan yang
diperlukan ketika menggunakan alat untuk
membuka alat cukur dan ketika membuang
baterai isi ulang.
1 Periksa apakah ada sekrup pada bagian
belakang alat cukur atau di dalam wadah
rambut. Jika ada, lepaskan.
2 Lepaskan panel luar alat cukur menggunakan
obeng atau alat lainnya. Jika perlu, lepaskan
juga sekrup dan/atau komponen lain sampai
Anda melihat papan sirkuit cetakan (PCB) dan
baterai isi-ulang.
3 Lepas baterai isi-ulang.
Garansi dan dukungan
Jika Anda membutuhkan informasi atau dukungan,
silakan kunjungi www.philips.com/support atau
bacalah pamflet garansi internasional.
Batasan garansi
Kepala pencukur (unit pemotong dan pelindung)
tidak tercakup oleh ketentuan garansi
internasional karena tergantung pada pemakaian.
Bahasa Melayu
Maklumat keselamatan penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan aksesorinya dan
simpan untuk rujukan pada masa hadapan.
Aksesori yang dibekalkan mungkin berbeza-beza
untuk berlainan produk.
Bahaya
- Pastikan unit bekalan sentiasa kering (Raj. 1).
Amaran
- Untuk mengecas bateri, hanya gunakan unit
bekalan boleh ditanggalkan (jenis HQ8505)
yang disediakan dengan perkakas.
- Unit bekalan mengandungi pengubah. Jangan
putuskan unit bekalan untuk menggantikannya
dengan palam lain, kerana ini menyebabkan
situasi berbahaya.
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak
berumur 8 tahun dan ke atas dan orang yang
kurang keupayaan fizikal, deria atau mental
atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka diberi pengawasan dan arahan
berkaitan penggunaan perkakas secara selamat
dan memahami bahaya yang mungkin berlaku.
Kanak-kanak tidak sepatutnya bermain dengan
perkakas ini. Pembersihan dan
penyelenggaraan oleh pengguna tidak harus
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa
pengawasan.
- Setiap kali anda hendak membersihkan
pencukur di bawah paip, pastikan plagnya telah
ditanggalkan.
- Pastikan anda memeriksa perkakas setiap kali
sebelum anda menggunakannya. Jangan
gunakan perkakas jika rosak, kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan. Bahagian yang
rosak hendaklah digantikan dengan jenis yang
asli sahaja.
- Jangan buka perkakas tersebut untuk
menggantikan bateri boleh cas semula.
- Perkakas ini mengandungi bateri yang tidak
boleh digantikan.
Awas
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas
daripada 60°C untuk membilas pencukur
tersebut.
- Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan
dimaksudkan seperti ditunjukkan dalam manual
pengguna.
- Atas sebab-sebab kebersihan, perkakas ini
hendaklah hanya digunakan oleh seorang
sahaja.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat,
pad penyental, agen pembersih yang melelas
atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
- Air mungkin menitis dari soket di bawah
pencukur apabila anda membilasnya. Ini adalah
biasa dan tidak berbahaya kerana semua alat
elektronik dilindungi dalam unit kuasa yang
kedap dalam pencukur.
- Jangan gunakan unit bekalan di atau
berdekatan dengan soket dinding yang
mengandungi penyegar udara elektrik untuk
mencegah kerosakan yang tidak boleh dibaiki
kepada unit bekalan.
- Berhati-hati semasa mengendalikan telefon
pintar anda berdekatan air dan dalam
persekitaran lembap.
- Isyarat frekuensi radio gelombang pendek
daripada perkakas Bluetooth® mungkin
menjejaskan operasi peranti elektronik dan
perubatan yang lain.
- Matikan Bluetooth di tempat yang dilarang.
- Jangan gunakan perkakas dalam kemudahan
perubatan, pesawat, tempat mengisi minyak,
berhampiran pintu automatik, penggera
kebakaran automatik atau peranti kawalan
automatik yang lain.
- Pastikan perkakas ini sejauh sekurang-
kurangnya 20 cm daripada perentak jantung
dan peranti perubatan yang lain. Gelombang
radio mungkin menjejaskan operasi perentak
jantung dan peranti perubatan yang lain.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan
peraturan yang berkaitan dengan pendedahan
kepada medan elektromagnet.
Arahan Peralatan Radio
- Jalur frekuensi yang perkakas dikendalikan
ialah 2.4 GHz.
- Perkakas ini dilengkapi dengan Bluetooth kelas
2
Kuasa frekuensi radio maksimum yang
dipancarkan dalam jalur frekuensi yang perkakas
beroperasi adalah kurang daripada 20 dBm.