User manual
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau barang ganti, lawati ke
www.shop.philips.com/service atau pergi ke
penjual Philips anda. Anda juga boleh menghubungi
Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda (lihat risalah
jaminan sedunia untuk butiran hubungan).
Alat ganti yang berikut boleh didapati:
- HQ8505 penyesuai
- Kepala pencukur Philips SH50
- Semburan Pembersih Kepala Pencukur Philips
HQ110
- Alat tambahan penggaya janggut Philips RQ111
- Kartrij pembersih JC301, JC302, JC303, JC304,
JC305
Nota: Ketersediaan aksesori mungkin berbeza
mengikut negara.
Kepala pencukur
- Kami nasihatkan agar anda menggantikan kepala
pencukur anda setiap dua tahun. Gantikan kepala
pencukur dengan kepala pencukur Philips SH50
yang tulen sahaja.
Kitar semula
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang
biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya serahkannya ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan
berbuat begini, anda membantu memelihara alam
sekitar.
Mengeluarkan bateri pencukur boleh cas
semula
Hanya keluarkan bateri boleh cas apabila anda
membuang pencukur. Pastikan baterinya benar-
benar telah habis semasa anda mengeluarkannya.
BAHASA MELAYU128