User manual
Nota: Pegang pemegang kepala pencukur apabila
anda memasukkan semula kepala pencukur dan
menyambungkan semula gegelung penahan. Jangan
letakkan pemegang kepala pencukur di atas
permukaan apabila anda melakukan perkara ini
kerana ini boleh menyebabkan kerosakan.
9 Masukkan semula engsel pemegang kepala
pencukur ke dalam slot unit pencukur.
Tutup pemegang kepala pencukur (‘klik’).
Membersihkan alat tambahan mudah pasang
Jangan sekali-kali keringkan alat tambahan perapi
atau penggaya janggut dengan tuala atau tisu kerana
ini boleh merosakkan gigi perapian.
Membersihkan alat tambahan perapi
Bersihkan alat tambahan perapi setiap kali selepas
anda menggunakannya.
1 Hidupkan perkakas dengan alat tambahan
perapi terpasang padanya.
2 Bilas alat tambahan perapi di bawah paip yang
panas buat seketika.
3 Selepas pembersihan, matikan perkakas.
4 Dengan berhati-hati, buang lebihan air dan
biarkan alat tambahan perapi mengering.
Petua: Untuk prestasi perapi yang optimum, lincirkan
gigi perapi sekali setiap enam bulan dengan setitik
minyak mesin jahit.
BAHASA MELAYU122