User manual

3 Letakkan pencukur di dalam pemegang,
sendengkan pencukur ke belakang dan tekan
tukup atas ke bawah untuk menyambungkan
pencukur (‘klik’).
- Simbol bateri akan berkelip perlahan-lahan untuk
menunjukkan bahawa pencukur sedang dicas.
4 Tekan butang hidup/mati pada sistem
SmartClean untuk memulakan program
pembersihan.
- Semasa program pembersihan (yang mengambil
masa kira-kira 10 minit), lampu pembersihan akan
berkelip.
- Apabila program pembersihan selesai, simbol sedia
akan menyala secara berterusan.
- Simbol bateri akan menyala berterusan untuk
menunjukkan bahawa pencukur telah dicas
sepenuhnya. Ini mengambil masa kira-kira 1 jam.
Nota: Jika anda menekan butang hidup/mati sistem
SmartClean semasa program pembersihan sedang
berjalan, program akan terbantut. Dalam keadaan ini,
simbol pembersihan akan berhenti berkelip.
Nota: Jika anda mencabut penyesuai dari soket
dinding semasa program pembersihan, program akan
terbantut.
Nota: 30 minit selepas fasa pengecasan telah selesai,
sistem SmartClean akan dimatikan secara automatik.
5 Untuk membiarkan pencukur kering, anda
boleh membiarkannya di dalam sistem
SmartClean sehingga pencukuran seterusnya.
Anda juga boleh mengalih keluar pencukur
daripada sistem SmartClean, membuang lebihan
air, membuka unit pencukur dan membiarkan
pencukur dianginkan.
BAHASA MELAYU 117