User manual

Menggunakan alat tambahan penggaya
janggut tanpa sikat
Anda boleh menggunakan alat tambahan penggaya
janggut tanpa sikat untuk membentuk janggut, misai,
jambang atau garis leher anda sehingga 0.5mm.
1 Tarik sikat keluar daripada alat tambahan.
Nota: Pegang sikat di bahagian tengah untuk
menariknya keluar daripada alat tambahan.
Jangan tarik di bahagian sisi sikat.
2 Hidupkan suis perkakas.
3 Anda kini boleh mula membentuk janggut,
misai, jambang atau garis leher anda dengan
menggerakkan penggaya ke bawah dengan
mengenakan sedikit tekanan sementara
memegangnya secara tegak lurus ke kulit.
4 Bersihkan alat tambahan selepas penggunaan
(lihat bab ‘Pembersihan dan penyelenggaraan’).
Menggunakan alat tambahan perapi hidung
Anda boleh menggunakan alat tambahan perapi
hidung untuk merapikan bulu hidung anda.
Pastikan lubang hidup anda adalah bersih.
1 Masukkan cuping alat tambahan ke dalam
slot di bahagian atas perkakas. Kemudian
tekan alat tambahan ke bawah untuk
menyambungkannya pada perkakas (‘klik’).
2 Hidupkan suis perkakas.
3 Masukkan alat tambahan dengan berhati-hati ke
dalam salah satu daripada lubang hidung anda.
Jangan masukkan alat tambahan lebih daripada
0.5cm ke dalam lubang hidung anda.
BAHASA MELAYU 113