User manual
- Jika anda membiarkan perkakas disambungkan
ke sesalur kuasa, proses pengecasan berterusan.
Untuk menunjukkan bahawa perkakas sedang
dicas, lampu bawah akan berkelip dahulu dan
kemudian menyala secara berterusan. Selepas itu
lampu kedua akan berkelip dan kemudian menyala
berterusan, dan seterusnya sehinggalah pencukur
dicas sepenuhnya.
Penunjuk cas bateri dengan 1 lampu
- Pengecasan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
- Pengecasan pantas (jenis tertentu sahaja): Apabila
perkakas tidak mengandungi cukup tenaga untuk
satu pencukuran, penunjuk cas bateri akan berkelip
dengan pantas. Apabila penunjuk cas bateri mula
berkelip perlahan-lahan, perkakas mengandungi
cukup tenaga untuk satu pencukuran.
- Jika anda membiarkan perkakas disambungkan
ke sesalur kuasa, proses pengecasan berterusan.
Untuk menunjukkan bahawa perkakas sedang
dicas, penunjuk cas bateri berkelip perlahan-lahan.
Bateri telah dicas sepenuhnya
Nota: Anda juga boleh menggunakan perkakas ini terus
daripada sesalur kuasa.
Nota: Apabila bateri penuh, paparan akan dimatikan
secara automatik selepas 30 minit.
Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, semua
lampu penunjuk cas bateri akan menyala secara
berterusan.
BAHASA MELAYU104