User manual

- Jika sistem pembersih anda menggunakan kartrij,
sentiasa pastikan bahawa petak kartrij tertutup
sebelum anda menggunakan sistem pembersih
untuk membersihkan atau mengecas pencukur.
- Apabila sistem pembersih siap untuk digunakan,
jangan alihkannya bagi mengelakkan cecair
pembersih daripada bocor.
- Air mungkin bocor keluar daripada soket
di bahagian bawah pencukur ketika anda
membilasnya. Ini adalah normal dan tidak
berbahaya kerana semua bahagian elektronik
dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di dalam
pencukur.
Medan elektromagnet (EMF)
- Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan
peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.
Am
- Pencukur ini boleh dibersihkan dengan selamat di
bawah paip air.
- Perkakas ini sesuai untuk voltan sesalur kuasa
antara 100 hingga 240 volt.
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan
rendah dan selamat tidak melebihi 24 volt.
Paparan
Pengecasan
Penunjuk cas bateri dengan 3 lampu
- Pengecasan mengambil masa lebih kurang 1 jam
- Pengecasan pantas (jenis tertentu sahaja): Apabila
perkakas disambungkan ke sesalur kuasa, lampu
penunjuk cas bateri menyala satu demi satu secara
berterusan. Apabila perkakas mengandungi cukup
tenaga untuk satu pencukuran, lampu bawah
penunjuk cas bateri berkelip perlahan-lahan.
BAHASA MELAYU 103