User manual

Alam sekitar
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar
semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam
sekitar.
- Bateri pencukur boleh cas semula terbina dalam mengandungi bahan
yang boleh mencemarkan alam sekitar. Pastikan anda mengeluarkan
bateri sebelum membuang atau menyerahkan pencukur di pusat
pungutan rasmi. Buang bateri ini di pusat pungutan rasmi bagi bateri. Jika
anda menghadapi masalah untuk mengeluarkan bateri, anda juga boleh
membawa perkakas ini ke pusat servis Philips. Kakitangan pusat ini akan
mengeluarkan bateri ini untuk anda dan akan membuangnya dengan
cara yang selamat bagi alam sekitar.
Mengeluarkan bateri pencukur boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri boleh cas apabila anda membuang pencukur.
Pastikan baterinya benar-benar telah habis semasa anda mengeluarkannya.
Berhati-hati, jalur bateri sangat tajam.
1 Tanggalkan panel belakang pencukur dengan pemutar skru.
2 Keluarkan bateri boleh cas semula.
Jaminan dan sokongan
Jika anda memerlukan sokongan atau mempunyai masalah, sila lawati
www.philips.com/support atau baca risalah jaminan sedunia.
Sekatan jaminan
Kepala pencukur (pemotong dan pelindung pencukur) tidak diliputi oleh
terma jaminan antarabangsa kerana ia terdedah kepada kelusuhan.
Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi
dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan
maklumat di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan
senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
BAHASA MELAYU 97