Important Information Manual

50
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca buku kecil maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan pencukur dan Sistem Pembersih Jet (jenis tertentu sahaja)
dan simpan untuk rujukan masa depan.
Nota: Dalam buku kecil ini, istilah ‘perkakas’ merujuk kepada pencukur dan
Sistem Pembersih Jet. Jika pencukur anda tidak disertakan dengan Sistem
Pembersih Jet, maka ia merujuk kepada pencukur sahaja.
Am
Bahaya
- Pastikan penyesuai tidak menjadi basah (Gamb. 1).
Amaran
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan mengakibatkan
keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah
diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka
tidak bermain dengan perkakas ini.
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas untuk membersihkan
perkakas. Anda hendaklah memastikan bahawa air tidak terlalu panas,
untuk mengelakkan tangan anda daripada melecur.
BAHASA MELAYU