User manual
Mengecas pengecas
1 Masukkan plag kecil ke dalam pengecas.
2 Buka lipatan pengecas (‘klik’).
3 Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.
4 Letakkan pencukur di atas pengecas (1) dan tekannya ke belakang
sehingga ia terkunci pada tempatnya (2).
, Paparan menunjukkan bahawa pencukur sedang dicas (lihat bahagian
‘Pengecasan’ dalam bab ‘Paparan’).
Mengecas dalam Sistem Pembersihan Jet (RQ1197CC,
RQ1195CC, RQ1185CC, RQ11801CC, RQ1175CC sahaja)
1 Letakkan plag kecil di dalam Sistem Pembersih Jet.
2 Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.
3 Pegang pencukur terbalik atas pemegang dengan belakang pencukur
menghadap ke arah pemegang.
Nota: RQ1197, RQ1195, RQ1180, RQ1175: apabila anda terbalikkan
pencukur, penunjuk bateri pada paparan juga akan diterbalikkan supaya anda
masih boleh melihat paras pengecasan bateri.
4 Tempatkan badan pencukur dalam pemegang di belakang dua klip (1)
dan tekannya ke bawah sehingga ia terkunci pada tempatnya (2).
Nota: Pencukur tidak dapat diletakkan di dalam Sistem Pembersih Jet jika
tukup pelindung terpasang pada unit pencukur atau jika perapi terpasang
pada pencukur.
, Paparan menunjukkan bahawa pencukur sedang dicas (lihat bab
‘Paparan’).
BAHASA MELAYU80