User manual

Awas
- Jangan gunakan pencukur, Power Pod,
pengecas atau plag penyesuai jika ia telah rosak.
- Cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C
hingga 35°C.
- Sentiasa pasangkan tukup perlindungan pada
pencukur bagi melindungi kepala pencukur semasa
anda dalam perjalanan.
- Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental,
agen pembersih yang melelas atau cecair
yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
- Hanya gunakan penyesuai yang dibekalkan.
- Jika plag penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan
jenis asli bagi mengelakkan bahaya.
- Jangan sesekali tenggelamkan Power Pod di dalam
air, dan jangan membersihkannya di bawah air pili.
- Jangan sesekali tenggelamkan pengecas atau
membilasnya di bawah air pili
Mematuhi piawai
- Perkakas mematuhi peraturan keselamatan
antarabangsa IEC yang diluluskan dan boleh
dibersihkan dengan air paip.
- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi
arahan dalam manual pengguna ini, perkakas
selamat untuk digunakan menurut bukti saintik
yang boleh didapati pada masa ini.
Am
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan
rendah dan selamat tidak melebihi 24 volt.
BAHASA MELAYU78