operation manual
Awas
- Jangan rendam pengecas dalam air dan jangan
bilasnya di bawah paip air.
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas
daripada 80°C untuk membilas alat tersebut.
- Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan
dimaksudkan seperti ditunjukkan dalam manual
pengguna.
- Atas sebab-sebab kebersihan, perkakas ini
hendaklah hanya digunakan oleh seorang
sahaja.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat,
pad penyental, agen pembersih yang melelas
atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
- Jangan gunakan unit bekalan di atau
berdekatan dengan soket dinding yang
mengandungi atau mempunyai penyegar udara
elektrik untuk mencegah kerosakan yang tidak
boleh dibaiki kepada unit bekalan.
Medan elektromagnet (EMF)
- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian
dan peraturan yang berkaitan dengan
pendedahan kepada medan elektromagnet.
Am
- Perkakas ini kalis air. Ia sesuai untuk digunakan
dalam tab mandi dan di bawah pancuran dan
untuk dibersihkan di bawah paip. Atas sebab-
sebab keselamatan, perkakas tersebut hanya
boleh digunakan tanpa kord.
- Perkakas ini sesuai untuk voltan sesalur kuasa
antara 100 hingga 240 volt.
- Unit bekalan mengubah 100-240 volt kepada
voltan rendah dan selamat tidak melebihi 24
volt.
39
Bahasa Melayu










