User manual
3 Isi ruang pembersihan dengan larutan Pembersih Jet (HQ200)
sehingga penunjuk MAX.
Nota: Pastikan ruang pembersihan sentiasa diisi melebihi penunjuk MIN.
4 Tempatkan Sistem Pembersih Jet kembali pada ruang pembersihan
(‘klik’).
Pastikan butang pelepas berdetap kembali pada tempatnya.
Apabila ruang pembersihan telah dipenuhi dengan larutan Pembersih
Jet, jangan gerakkannya untuk mengelakkan kebocoran.
5 Masukkan plag kecil ke dalam Sistem Pembersih Jet dan masukkan
plag penyesuai ke dalam soket dinding.
, Pemegang pencukur secara automatik bergerak ke kedudukan
tertingginya.
Sistem Pembersih Jet kini sedia untuk digunakan.
Menggunakan Sistem Pembersih Jet
1 Letakkan pencukur tanpa tukup perlindungan dalam keadaan terbalik
dalam pemegang pencukur. Tekan tuil pengunci ke bawah sepenuhnya
untuk mengunci pencukur ke tempatnya.
, Simbol bateri pada Sistem Pembersih Jet menyala untuk menunjukkan
bahawa pencukur sedang dicas.
Nota: Pencukur tidak boleh ditempatkan di dalam Sistem Pembersih Jet jika
tukup pelindung terpasang pada unit pencukur.
2 Tekan butang hidup/mati pada Sistem Pembersih Jet untuk
memulakan program pembersihan.
, Simbol bateri pada Sistem Pembersih Jet padam.
, Dalam program pembersihan, simbol pembersihan mula berkelip dan
pencukur secara automatik diturunkan ke dalam cecair pembersih.
, Pencukur hidup dan mati secara automatik beberapa kali
dan bergerak ke atas dan ke bawah.
, Simbol pembersihan berkelip sepanjang program pembersihan, yang
mengambil masa kira-kira 8 minit.
, Selepas program pembersihan, simbol bateri pada Sistem Pembersih
Jet menyala untuk menunjukkan bahawa pencukur sedang dicas.
Nota: Jika anda menekan butang hidup/mati Sistem Pembersih Jet semasa
program pembersihan, program akan terhenti paksa dan ditetapkan semula.
Dalam kes ini, simbol pembersihan berhenti berkelip dan pemegang pencukur
kembali ke kedudukan permulaannya. Pencukur tersebut mungkin masih
basah dan kotor, kerana program pembersihan belum selesai lagi.
BAHASA MELAYU 63