User manual

54
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Sila baca manual pengguna ini, kerana ia mengandungi maklumat mengenai
ciri hebat pencukur ini serta beberapa petua untuk mencukur dengan lebih
mudah dan lebih menyeronokkan.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Pencukur
1 Tukup pelindung
2 Unit pencukur
3 Butang pelepas unit pencukur
4 Perapi
5 Gelangsar pelepas perapi
6 Butang hidup/mati pencukur
7 Simbol kepala pencukur
8 Simbol bateri
B Dirian pengecasan (PT927/PT925/PT923/PT920/PT876/PT875 sahaja)
C Penyesuai
D Sistem Pembersih Jet (PT927CC/PT923CC sahaja)
1 Tuil pengunci
2 Pemegang pencukur
3 Butang pelepas ruang pembersihan
4 Butang hidup/mati Sistem Pembersih Jet
5 Simbol pembersihan dan simbol ‘bendalir rendah’
6 Simbol bateri
E Larutan Pembersih Jet (HQ200)
F Berus pembersih
G Pau penyimpanan (PT927CC/PT927/PT925/PT923CC/PT920/PT876
sahaja)
Nota: Anda boleh dapatkan jenis nombor di bahagian belakang pencukur.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
pencukur, Sistem Pembersih Jet (PT927CC/PT923CC sahaja) dan dirian
pengecasan (PT927/PT925/PT923/PT920/PT876/PT875 sahaja). Simpan
manual pengguna untuk rujukan pada masa hadapan.
Bahaya
- Pastikan penyesuai sentiasa kering.
Amaran
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
- Pencukur dan Sistem Pembersih Jet ini tidak dimaksudkan untuk
digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya
dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan, kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab
atas keselamatan mereka.
BAHASA MELAYU