User manual

Penggantian
Untuk prestasi pencukuran yang maksimum, kami menasihatkan agar anda
mengganti kepala pencukur setiap dua tahun.
Gantikan kepala pencukur dengan Kepala Pencukur HQ8 yang tulen sahaja.
1 Matikan pencukur. Putuskan sambungan pencukur daripada sesalur
kuasa.
2 Tekan butang pelepas untuk membuka unit pencukur.
3 Tarik unit pencukur dari alat pencukur.
4 Pusingkan kunci ke arah lawan jam (A) dan tanggalkan rangka
penahan (B).
5 Keluarkan kepala pencukur dan letakkan yang baru di dalam unit
pencukur.
Nota: Pastikan bahawa bahagian unjuran kepala pencukur muat dengan tepat
di dalam ruang ceruknya.
6 Pasang kembali rangka penahan ke dalam unit pencukur (A) dan
pusingkan kunci ke arah jam (B).
BAHASA MELAYU 35