User manual

30
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Sila baca manual pengguna ini, kerana ia mengandungi maklumat mengenai
ciri hebat pencukur ini serta beberapa petua untuk mencukur dengan lebih
mudah dan lebih menyeronokkan.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1 Tukup pelindung
2 Unit pencukur
3 Butang pelepas unit pencukur
4 Butang hidup/mati pencukur
5 Penyesuai
6 Berus pembersih
Nota: Anda boleh dapatkan jenis nombor di bahagian belakang pencukur.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Pastikan penyesuai sentiasa kering.
- Dilarang membersihkan penyesuai di bawah paip air.
Amaran
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di bawah paip,
pastikan plagnya telah ditanggalkan.
- Dilarang untuk digunakan semasa mandi.
- Jangan gunakan perkakas ini dekat dengan tab mandi, mandian pancuran
atau bekas lain yang mengandungi air.
Awas
- Jangan menenggelamkan pencukur di dalam air atau sebarang cecair
lain.
- Jangan gunakan air yang lebih panas daripada 80°C untuk membilas
pencukur.
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali
memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
- Pencukur ini tidak kalis mesin basuh pinggan.
BAHASA MELAYU