User manual
24
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips!
Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan
oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1 Tukup pelindung
2 Elemen pemotongan
3 Kepala perapian
4 Pemegang
5 Penunjuk tetapan
6 Penunjuk ‘Hidup’
7 Penunjuk ‘Mati’
8 Penunjuk ‘Buka’
9 Tudung petak bateri
10 Penunjuk kunci
11 Penunjuk ‘Tidak Berkunci’
12 Gegelang kedap
13 Sikat kening panjang (5mm) (NT5180, NT3160 sahaja)
14 Sikat kening pendek (3mm) (NT5180, NT3160 sahaja)
15 Bateri alkali AA pakai buang
16 Pau penyimpanan (NT3160 sahaja)
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Amaran
- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke atas
dan orang yang kurang keupayaan zikal, deria atau mental, atau kekurangan
pengalaman dan pengetahuan jika mereka diberi pengawasan atau arahan
berkaitan penggunaan perkakas secara selamat dan memahami bahaya yang
mungkin berlaku. Kanak-kanak tidak sepatutnya bermain dengan perkakas ini.
Pembersihan dan penyenggaraan oleh pengguna tidak sepatutnya dilakukan
oleh kanak-kanak melainkan jika mereka berumur 8 tahun ke atas serta diawasi.
Awas
- Periksa perkakas setiap kali anda hendak menggunakannya. Jangan
gunakan perkakas jika mana-mana bahagiannya rosak, kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan.
- Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan dimaksudkan seperti
ditunjukkan dalam manual pengguna.
- Atas sebab-sebab kebersihan, perkakas ini hendaklah hanya digunakan
oleh seorang sahaja.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental,
agen pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol
atau aseton untuk membersihkan perkakas.
- Kendalikan perkakas menggunakan hanya satu bateri tidak boleh
cas semula 1.5V R6 AA.
- Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 15°C dan 35°C.
- Jangan dedahkan perkakas kepada cahaya matahari langsung.
- Keluarkan bateri daripada perkakas ini jika anda tidak akan
menggunakannya dalam tempoh yang panjang.
BAHASA MELAYU