operation manual
Merapikan bulu telinga
Pastikan saluran telinga luar anda bersih dan bebas daripada tahi telinga.
1 Untuk menghidupkan perkakas, putarkan tudung ruang bateri dari
kedudukan ‘mati’ (0) kepada kedudukan ‘hidup’ (l).
2 Gerakkan kepala perapian perlahan-lahan di sepanjang tepi telinga
untuk membuang bulu yang terjulur keluar melebihi tepi telinga.
3 Masukkan kepala perapian ke dalam saluran telinga luar.
Jangan masukkan kepala perapian lebih daripada 0.5cm ke dalam saluran
telinga anda kerana ini boleh merosakkan gegendang telinga.
4 Gerakkan kepala perapian perlahan-lahan di sekeliling untuk
membuang semua bulu yang tidak dikehendaki daripada saluran
telinga luar anda.
5 Untuk mematikan perkakas, putarkan tudung ruang bateri kepada
kedudukan ‘mati’ (0).
Merapikan kening dengan sikat kening
1 Sikat kening anda mengikut arah pertumbuhan rambut.
2 Pilih sikat yang pendek atau panjang, bergantung pada panjang bulu.
- sikat pendek: 3mm/0.12in
- sikat panjang: 5mm/0.2in
Petua: Kami menasihatkan anda untuk mula merapi dengan sikat panjang.
Sekiranya anda merasakan kening anda masih terlalu panjang selepas ini,
gunakan sikat pendek.
3 Luncurkan sikat kening di atas kepala perapian.
Pastikan sikat kening telah diselitkan betul-betul ke dalam alur pada
kedua-dua sisi.
BAHASA MELAYU34