operation manual
7MS-MY
Sambungkan audio daripada
TV
Sambungkan produk ini kepada TV. Anda boleh
mendengar audio daripada program TV melalui
pembesar suara produk ini.
Pilihan 1: Sambungkan kepada TV
melalui HDMI (ARC)
Audio dengan kualiti terbaik
Produk ini menyokong HDMI dengan Saluran
Kembali Audio (ARC). Dengan ciri ARC, anda
boleh mendengar audio TV menerusi produk ini
menggunakan satu kabel HDMI.
Apa yang anda perlukan
• Kabel HDMI Berkelajuan Tinggi.
• TV anda menyokong kedua-dua HDMI
ARC dan HDMI-CEC (lihat manual
pengguna TV untuk butiran lanjut).
• Bagi sesetengah model TV, dayakan output
pembesar suara luaran daripada menu
tetapan TV (lihat manual pengguna TV
untuk butiran lanjut).
1 Menggunakan kabel HDMI Berkelajuan
Tinggi, sambungkan penyambung HDMI
OUT (ARC) pada produk ini kepada
penyambung HDMI ARC pada TV.
• Penyambung HDMI ARC pada TV
mungkin dilabel dengan cara berbeza.
Untuk butiran, lihat manual pengguna
TV.
TV
2 Pada TV anda, hidupkan operasi HDMI-
CEC.
• Bagi masalah HDMI-CEC pada TV
anda, lihat manual pengguna TV untuk
memastikan bahawa persediaan
HDMI-CEC adalah betul atau hubungi
pengeluar TV jika perlu.
3 Tekan HDMI ARC pada kawalan jauh
produk ini untuk mendayakan sambungan
HDMI ARC.
Catatan
•
100% kesalingfungsian dengan semua peranti HDMI-
CEC tidak dijamin.
• Jika TV anda tidak mematuhi HDMI ARC, sambungkan
kabel audio untuk mendengar audio TV melalui produk
ini.
Pilihan 2: Sambungkan kepada TV
melalui kabel optikal
Audio dengan kualiti terbaik
1 Menggunakan kabel optikal, sambungkan
penyambung OPTICAL pada produk ini
kepada output optikal pada TV.
• Output optikal digital pada TV mungkin
berlabel OPTICAL OUT, SPDIF atau
SPDIF OUT.
2 Tekan OPT pada kawalan jauh produk ini
untuk mendayakan sambungan optikal.
TV