operation manual
3MS-MY
• Bahaya letupan jika bateri tidak diganti
dengan yang betul. Ganti hanya dengan
jenis yang sama atau setara.
• Keluarkan bateri jika telah kehabisan atau
jika alat kawalan jauh tidak akan digunakan
buat tempoh masa yang lama.
• Bateri mengandungi bahan kimia, jadi ia
hendaklah dilupuskan dengan betul.
Risiko tertelan bateri!
• Produk/alat kawalan jauh mungkin
mengandungi bateri jenis syiling/butang,
yang boleh ditelan. Jauhkan bateri daripada
jangkauan kanak-kanak pada setiap masa!
Jika tertelan, bateri ini boleh mengakibatkan
kecederaan serius atau kematian. Kelecuran
dalaman yang teruk boleh berlaku dalam
masa dua jam selepas tertelan bateri ni.
• Jika anda mengesyaki bahawa bateri telah
tertelan atau termasuk ke dalam mana-
mana bahagian badan, dapatkan rawatan
perubatan dengan segera.
• Apabila anda menukar bateri, pastikan
semua bateri baru dan lama jauh dari
jangkauan kanak-kanak. Pastikan petak
bateri telah ditutup dengan kemas selepas
anda mengganti bateri.
• Jika petak bateri tidak dapat ditutup dengan
kemas, berhenti menggunakan produk ini.
Jauhkan ia dari jangkauan kanak-kanak dan
hubungi pengeluar.
Ini adalah perkakas CLASS II dengan penebatan
berganda, dan tiada perlindungan pembumian
dibekalkan.
Gunakan bekalan kuasa yang tersenarai dalam
manual pengguna sahaja.
Jagaan produk anda
Hanya gunakan kain mikrogentian untuk
membersihkan produk.
Jagaan alam sekitar
Pembuangan barang lama anda
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan
dengan menggunakan bahan dan komponen
yang berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula
dan digunakan semula.
Jangan buang produk dengan sisa rumah biasa
di akhir hayatnya, sebaliknya bawanya ke pusat
pungutan rasmi atau kitar semula. Dengan
melakukan ini, anda membantu memelihara
alam sekitar.
Bantuan dan sokongan
Bagi sokongan lanjutan dalam talian, lawati
www.philips.com/support untuk:
• memuat turun manual pengguna dan
panduan permulaan ringkas
• menonton tutorial video (tersedia hanya
untuk model terpilih)
• mencari jawapan untuk soalan lazim (FAQ)
• menghantar soalan kepada kami melalui
e-mel
• berbual dengan wakil sokongan kami.
Ikuti arahan pada laman web ini untuk memilih
bahasa anda, lalu masukkan nombor model
produk anda.
Di samping itu, anda juga boleh menghubungi
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Sebelum anda menghubungi, catatkan nombor
model dan nombor siri produk anda. Anda
boleh menemui maklumat ini di bahagian
belakang atau bawah produk anda.