operation manual

2 MS-MY
1 Penting
Baca dan faham semua arahan sebelum anda
gunakan produk anda. Jika kerosakan terjadi
disebabkan oleh kegagalan mematuhi arahan,
jaminan tidak dikenakan.
Keselamatan
Risiko kejutan elektrik atau kebakaran!
Sebelum anda membuat atau menukar
sebarang sambungan, pastikan semua
peranti telah ditanggalkan daripada alur
keluar kuasa.
Jangan sekali-kali dedahkan produk dan
aksesori kepada hujan atau air. Jangan
sekali-kali letakkan bekas cecair, seperti
pasu, hampir dengan produk. Jika cecair
tertumpah pada atau ke dalam produk,
putuskan sambungan dengan alur keluar
kuasa dengan serta merta. Hubungi
Layanan Pelanggan agar produk diperiksa
sebelum digunakan.
Jangan sekali-kali letakkan produk dan
aksesori berhampiran nyalaan terbuka
atau sumber haba lain, termasuk cahaya
matahari langsung.
Jangan sekali-kali masukkan objek ke dalam
slot pengalihudaraan atau bukaan lain pada
teater rumah.
Apabila plag sesalur kuasa atau pengganding
perkakas digunakan sebagai peranti putus
sambungan, peranti putus sambungan
tersebut akan tetap sedia beroperasi.
Bateri (pek bateri atau bateri yang
dipasang) tidak boleh didedahkan kepada
haba yang melampau seperti cahaya
matahari, api atau sebagainya.
Putuskan sambungan produk daripada alur
keluar kuasa jika berlaku ribut petir.
Apabila anda memutuskan sambungan
kord kuasa, sentiasa tarik palamnya, dan
bukan kabelnya.
Risiko litar pintas atau kebakaran!
Untuk pengenalan dan pengadaran bekalan,
lihat plat jenis di bahagian belakang atau
bawah produk.
Sebelum anda menyambungkan produk ke
alur keluar kuasa, pastikan bahawa voltan
kuasa sepadan dengan nilai yang dicetak
di belakang atau bahagian bawah produk
tersebut. Jangan sekali-kali sambungkan
produk ke alur keluar kuasa jika voltannya
berbeza.
Risiko kecederaan atau kerosakan terhadap
produk ini!
Untuk lekapan dinding, produk ini mesti
dipasang dengan kukuh pada dinding
mengikut arahan pemasangan. Gunakan
pendakap lekapan dinding yang dibekalkan
sahaja (jika tersedia). Lekapan dinding
yang tidak sempurna boleh menyebabkan
kemalangan, kecederaan atau kerosakan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan,
hubungi Layanan Pelanggan di negara anda.
Jangan sekali-kali letakkan produk atau
sebarang objek pada kord kuasa atau
kelengkapan elektrik yang lain.
Jika produk diangkut dalam suhu di bawah
5°C, buka bungkusan produk dan tunggu
sehingga suhunya sepadan dengan suhu
bilik sebelum menyambungkannya dengan
alur keluar kuasa.
Bahagian-bahagian produk ini mungkin
dibuat daripada kaca. Kendalikan dengan
berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan
dan kerosakan.
Risiko pemanasan melampau!
Jangan pasang produk dalam ruangan
terkurung. Sentiasa tinggalkan ruang
sekurang-kurangnya empat inci di sekeliling
produk untuk pengalihudaraan. Pastikan
langsir atau objek lain tidak menutup slot
pengalihudaraan pada produk tersebut.
Risiko pencemaran!
Jangan campurkan bateri (lama dan baru
atau karbon dan alkali, dll.).