operation manual
16 MS-MY
8 Menyelesaikan
masalah
Amaran
•
Risiko kejutan elektrik. Jangan keluarkan sarung produk
ini.
Supaya jaminan tetap sah, jangan cuba baiki
sistem ini sendiri.
Jika anda mempunyai masalah menggunakan
produk ini, periksa perkara yang berikut
sebelum anda memohon perkhidmatan. Jika
anda masih mempunyai masalah, dapatkan
sokongan di www.philips.com/support.
Unit utama
Butang pada produk ini tidak berfungsi.
• Tanggalkan sambungan produk ini daripada
bekalan kuasa selama beberapa minit, dan
kemudian sambung semula.
Bunyi
Tiada bunyi daripada pembesar suara produk
ini.
• Sambungkan kabel audio daripada produk
ini kepada TV anda atau peranti lain.
• Pastikan anda menyambung input audio
pada produk ini kepada output audio pada
TV anda atau peranti lain.
• Tetapkan semula produk ini kepada tetapan
kilangnya.
• Pada alat kawalan jauh, pilih input audio
yang betul.
• Pastikan produk ini tidak disenyapkan.
Bunyi atau gema terherot.
• Jika anda memainkan audio daripada TV
melalui produk ini, pastikan TV disenyapkan.
Audio dan video tidak segerak.
• Tekan AUDIO SYNC +/- untuk
menyegerakkan audio dengan video.
Mesej ralat dipaparkan pada panel paparan.
• Apabila "RALAT" terpapar, hal ini
menunjukkan bahawa format audio input
tidak disokong.
• Apabila "ARC" berkelip, ini menunjukkan
bahawa TV yang disambungkan tidak
mematuhi HDMI ARC, atau format audio
yang tidak disokong telah dikesan.
Bluetooth
Peranti tidak boleh bersambung ke produk ini.
• Peranti tidak menyokong prol serasi yang
diperlukan untuk produk ini.
• Anda belum mendayakan fungsi Bluetooth
peranti. Lihat manual pengguna peranti
mengenai cara untuk mendayakan fungsi.
• Peranti tidak disambungkan dengan betul.
Sambungkan peranti dengan betul (lihat
'Mainkan audio menerusi Bluetooth' di
halaman 10).
• Produk ini sudah pun disambungkan
dengan peranti Bluetooth yang lain.
Putuskan peranti yang disambungkan,
kemudian cuba lagi.
Kualiti audio yang dimainkan daripada peranti
Bluetooth yang disambungkan lemah.
• Penerimaan Bluetooth lemah. Pindahkan
peranti lebih dekat dengan produk ini, atau
alihkan mana-mana halangan antara peranti
dan produk ini.
Sambungan pada peranti Bluetooth yang
disambungkan sentiasa bersambung dan
terputus.
• Penerimaan Bluetooth lemah. Pindahkan
peranti lebih dekat dengan produk ini, atau
alihkan mana-mana halangan antara peranti
dan produk ini.
• Matikan fungsi Wi-Fi pada peranti
Bluetooth untuk menggelakkan gangguan.
• Bagi beberapa Bluetooth, sambungan
Bluetooth boleh dinyahaktifkan secara
automatik untuk menjimatkan kuasa. Ini
tidak menunjukkan sebarang malfungsi
pada produk.