operation manual
12 MS-MY
Jika anda memilih AUTO OFF, mesej LED
dimatikan selepas 10 saat butang menjadi tidak
aktif.
Gunakan tetapan kilang
Anda boleh menetapkan semula produk ini
kepada tetapan lalai yang diprogramkan di kilang.
1 Dalam mana-mana mod sumber, pada alat
kawalan jauh, tekan Kelantangan -, BASS -
dan TREBLE - dalam jujukan dalam masa
tiga saat.
» Apabila pemulihan tetapan kilang
selesai, produk ini akan mati dan
bermula semula secara automatik.
Radio
Dengar radio FM pada produk ini dan simpan
sehingga 40 stesen radio.
Catatan
•
Letakkan antena sejauh yang mungkin dari TV atau
sumber radiasi lain.
• Untuk penerimaan optimum, panjangkan sepenuhnya
dan laraskan kedudukan antena.
• Radio AM dan digital tidak disokong.
• Jika tiada isyarat stereo dikesan, anda akan digesa untuk
memasang stesen radio sekali lagi.
Pasang stesen radio secara automatik
1 Tekan RADIO untuk bertukar kepada
sumber radio.
» Jika anda belum lagi memasang
sebarang stesen radio, mesej AUTO
INSTALL (pasang auto) skrol pada
panel paparan.
2 Tekan untuk memasang stesen radio.
» RADIO INSTALL (pasang radio) skrol
pada panel paparan.
» Produk ini menyimpan stesen
radio dengan kekuatan isyarat yang
mencukupi secara automatik.
• Untuk mengosongkan semua stesen
radio sedia ada, tekan dan tahan
PROGRAM selama 3 saat untuk
memasang semula stesen radio.
Pilih stesen radio yang dipratetapkan
1 Dalam mod radio, paparkan nombor yang
dipratetapkan (tekan
).
2 Tekan / untuk memilih nombor yang
dipratetapkan.
• Tekan RADIO untuk menogol antara
bunyi stereo dengan mono.
Tala kepada suatu stesen radio
1 Dalam mod radio, paparkan frekuensi radio
(tekan
).
2 Tekan dan tahan / lebih daripada
2 saat.
» Radio akan menala kepada stesen yang
berpenerimaan kuat secara automatik.
3 Ulang langkah 2 untuk menala kepada lebih
banyak stesen.
• Untuk menalahaluskan frekuensi radio,
tekan seketika
/ .
Programkan stesen radio secara
manual
1 Tala kepada stesen radio.
2 Paparkan frekuensi radio semasa (tekan
).
3 Tekan seketika PROGRAM.
» nombor akan berkelip pada panel
paparan.