operation manual

10 MS-MY
Penyama
Ubah tetapan frekuensi tinggi (trebel) dan
frekuensi rendah (bes) produk ini.
1 Tekan TREBLE +/- atau BASS +/- untuk
mengubah frekuensi.
Segerakkan video dengan bunyi
Jika audio dan video tidak segerak, tunda audio
agar sepadan dengan video.
1 Tekan AUDIO SYNC +/- untuk
menyegerakkan audio dengan video.
AUDIO SYNC + meningkatkan
lengah bunyi dan AUDIO SYNC -
mengurangkan lengah bunyi.
Mod malam
Untuk mendengar perlahan, mod malam
mengurangkan kelantangan bunyi kuat apabila
audio dimainkan. Mod malam hanya tersedia
bagi trek bunyi Dolby Digital.
1 Tekan NIGHT untuk menghidupkan atau
mematikan mod malam.
» Apabila mod malam dihidupkan, ON
NIGHT akan menatal dua kali pada
panel paparan.
» Apabila mod malam dimatikan, OFF
NIGHT akan menatal dua kali pada
panel paparan.
Mainkan audio menerusi
Bluetooth
Menerusi Bluetooth, sambungkan produk ini
menggunakan peranti Bluetooth anda (seperti
iPad, iPhone, iPod touch, telefon Android
atau komputer riba), kemudian anda boleh
mendengar fail audio yang disimpan pada
peranti menerusi pembesar suara produk ini.
Apa yang anda perlukan
Peranti Bluetooth yang menyokong prol
A2DP, AVRCP Bluetooth dan dengan versi
Bluetooth 4.0 + EDR.
Julat operasi antara unit utama dan peranti
Bluetooth adalah lebih kurang 10 meter
(30 kaki).
1 Tekan pada alat kawalan jauh untuk
menukar produk ini kepada mod Bluetooth.
» BT dipaparkan pada panel paparan,
sambil berkelip.
2 Pada peranti Bluetooth, hidupkan
Bluetooth, cari dan pilih Philips
HTL2193 untuk memulakan sambungan
(lihat manual pengguna bagi peranti
Bluetooth mengenai cara mendayakan
Bluetooth).
» Semasa sambungan, BT pada panel
paparan akan berkelip.
3 Tunggu sehingga produk ini berbunyi bip.
» Apabila sambungan Bluetooth berjaya,
BT akan dipaparkan pada panel
paparan.
» Jika sambungan gagal, BT pada panel
paparan akan terus berkelip.
4 Pilih dan mainkan fail audio atau muzik
pada peranti Bluetooth anda.
Semasa dimainkan, jika ada panggilan
masuk, muzik akan dijeda. Mainan
diteruskan apabila panggilan tamat (ciri
ini bergantung pada telefon mudah alih
yang disambungkan).
Jika peranti Bluetooth anda menyokong
prol AVRCP, pada alat kawalan jauh,
anda boleh menekan
/ untuk
melangkau trek, atau tekan
untuk
menjeda/sambung bermain.
5 Untuk keluar daripada Bluetooth, pilih
sumber lain.
Apabila anda bertukar kembali kepada
mod Bluetooth, sambungan Bluetooth
kekal aktif.