User manual
Soalan Jawapan
Mengapa alat pencukur
tiba-tiba mengeluarkan
bunyi yang pelik?
Anda mungkin tidak memasang semula unit
pencukur dengan betul. Letakkan pemotong
dalam pemegang kepala pencukur dengan
kaki pemotong menghadap ke atas. Letakkan
adang pada pemegang (di atas pemotong)
dan pusingkan mereka melawan arah jam
sehingga mereka terkunci pada kedudukannya.
Satu daripada adang itu tidak mempunyai
lubang perapi pencukuran di tengahnya dan
perlu dipasang pada pemegang yang khas.
Inia adalah pemegang yang paling hampir
kepada butang hidup/mati apabila unit
pencukur dipasang pada alat pencukur. Jika
pemotong dan adang telah bercampur-aduk,
ia mungkin mengambil beberapa minggu
sebelum prestasi mencukur yang optimum
dipulihkan.
Kaedah pembersihan lebih menyeluruh
Pastikan perkakas dimatikan.
1 Tarik unit pencukur dari alat pencukur.
2 Pusingkan adang mengikut arah jam
dan angkatkannya dari unit pencukur.
Nota: Hanya keluarkan satu kepala pencukur
pada satu-satu masa. Ini memastikan anda
sentiasa meletakkan kepala pencukur kembali
pada pemegangnya yang asal, dan ini sangat perlu
kerana dua daripada kepala pencukur mempunyai
lubang khas untuk perapi pencukur. Ini juga
BAHASA MELAYU88